Author picture

Faisal Tehrani

Author of 1515

41 Works 339 Members 6 Reviews 3 Favorited

About the Author

Includes the names: Faizal Tehrani, Faisal Tehrani.,

Works by Faisal Tehrani

1515 (2000) 61 copies, 2 reviews
Advencer si peniup ney (2005) 29 copies, 2 reviews
1511H. [kombat] (2004) 29 copies
Detektif indigo (2005) 23 copies
Tunggu Teduh Dulu (2008) 23 copies
Surat-surat perempuan Johor (2005) 18 copies, 1 review
Bila Tuhan Berbicara (2007) 18 copies
Kekasih Sam Po Bo (2007) 14 copies
Nama Beta Sultan Alauddin (2008) 12 copies
Cinta Hari-Hari Rusuhan (2000) 12 copies
Bedar Sukma Bisu (2007) 9 copies
Manikam Kalbu (2007) 9 copies
Tuhan Manusia (2007) 8 copies
Ketupat Cinta (2009) 8 copies
Karya Nan Indah (2008) 7 copies

Tagged

Common Knowledge

Members

Reviews

6 reviews
Sudah lama saya tak membaca karya Faisal Tehrani. Saya mengenal beliau melalui cerpen-cerpen awal beliau di Dewan Siswa dan beberapa antologi-antologi cerpen pemenang Hadiah Sastera Utusan. Saya pernah menyukai Cinta Hari-Hari Rusuhan dan Perempuan Politikus Melayu (PPM). Malah saya pernah melihat PPM dari sudut Citra Wanita Dalam Fiksyen Melayu dan membandingkannya sebagai tugasan kursus sewaktu belajar dahulu. Namun semenjak 1511 dan 1515H minat saya terhadap karya beliau mula pudar. Dan show more semenjak saya gagal menghabiskan bacaan Tuhan Manusia, saya terus tawar hati membaca karya FT. Agak terasa usaha beliau mencuba Persuratan Baru agak menghambarkan cerita walaupun harus diakui banyak maklumat dan ilmu yang boleh didapati dalam kaedah penulisan baru beliau. Mungkin selera saya terhadap teknik penulisan sebegitu belum berputik.

Tapi, sungguhlah kata seorang teman saya, jika kita ingin mengenali gerak nafas sastera melayu kontemporari, karya-karya FT hampir mustahil untuk dipinggirkan. Bertitik-tolak dari itu saya cuba mengunyah kembali karya FT. Mencuba dengan genre yang memperkenalkan saya terhadap karya beliau; cerpen.

Membaca tajuknya, saya merasa sedikit kelainanan pada karya FT yang ini. Ada unsur gurau senda dan komersil pada tajuknya berbanding tajuk-tajuk karya beliau yang lain yang lebih bernuansa serius dan sastera.

Terdapat 14 cerpen dan sebuah cerpan (cerpen panjang) dalam kumpulan cerpen ini. Agak menarik membaca beberapa buah cerpen yang memperlihatkan keupayaan FT menukar gaya penulisan bernada pop dan jenaka.Isu yang disentuh adalah pelbagai, dari isu pengabaian haiwan oleh manusia hinggalah isu warisan senibina taman melayu. Gaya penulisan persuratan baru tidak ditinggalkan namun kelihatannya semakin matang. FT makin bijak mengabungkan unsur cerita dan maklumat atau ilmu dalam cerpen-cerpen dalam kumpulan cerpen ini. Paling menarik pastilah cerpen (atau cerpan) terakhir yang memperlihatkan daya imaginasi FT yang terus cemerlang. Cerpen ini juga menarik atas keupayaan pengarang memaparkan corak pemikiran dua pemuda yang berbeza tapi pada akhirnya menyatu dalam satu ruang-kemanusiaan. Bagi saya cerpen 'Gawat' ini wajar dipertimbangkan oleh pengarang untuk dijadikan novel. Kupasan watak-watak dan refleksi dari kegemparan yang terjadi memungkinkan pengarang meneroka lebih mendalam atas subjek dan juga perwatakan.

Membaca cerpen-cerpen FT yang ini seakan mendekatkan saya kembali kepada karya-karya beliau. Yang pasti saya mempunyai senarai panjang karya-karya beliau untuk kembali ditekuni selepas ini.
show less
Saya membaca buku ini sekitar tahun 2001, bukan terbitan dengan cover 'pink' ini tapi cover lain, terbitan lain.

Mungkin ini novel pertama Faisal Tehrani yang saya baca (selain cerpen-cerpen beliau) yang meninggalkan impak yang kuat terhadap saya.

Saya menyukai setting cerita dan watak-wataknya. Saya masih ingat watak utamnya ; jenny, pelacur kelas atasan yang dengan mualnya (atau bangga) menyamakan ahli politik dan pelacur.

Novel ini ditulis pada era pasca-reformasi, dan saya kira ceritanya show more adalah rakaman secara fiksi tentang apa yang berlaku ketika itu. show less
A ney player (a ney is a type of middle eastern flute) is visited by a group of 40 djinn who take him to a country in the clouds where hedonism is the way of life. Interesting premise, but bogged down by a very blatant need to lecture and talk down to its readers. Would've been much more enjoyable if all that was a little more subtle.
½

Awards

You May Also Like

Statistics

Works
41
Members
339
Popularity
#70,284
Rating
4.1
Reviews
6
ISBNs
40
Languages
1
Favorited
3

Charts & Graphs